ABOUT ME

TOTE BOUTIQUE 

Saya tinggal di Shah Alam, Selangor . Menjalankan perniagaan membuat dan menjual bag secara online di TOTE BOUTIQUE. Selain dari itu, saya adalah ibu kepada 4 orang anak (2 perempuan dan 2 lelaki) di dalam lingkungan umur 1 1/2 tahun - 7 tahun dan isteri kepada Mohd Faizul (very understanding & caring man) .Jika saya tidak berada di hadapan mesin jahit, maka saya akan berada di samping anak2 .

Sebelum menjalankan perniagaan secara online, saya bekerja di salah sebuah IT company di Sri Hartamas Plaza Damas sebagai PA kepada MD. Selepas mendapat anak ke-4 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. pada waktu itu, keputusan berhenti kerja adalah sesuatu yang amat susah memandangkan saya telah lama bekerja di situ. namun suami bertegas bahawa ini adalah masa yg sesuai utk saya meluangkan lebih masa untuk keluarga.

Selepas berhenti kerja, saya mula menjinak2kan diri saya dengan menjahit. Saya memang tak pernah memegang mesin jahit sebelum ini tapi selepas banyak melayari internet (google) , perasaan untuk menjahit timbul. Saya tidak mengambil mana2 kelas jahitan . Saya hanya belajar dari internet sahaja. Selepas itu saya mula membuat bag untuk kegunaan sendiri dan selepas itu untuk kegunaan ibu saya. 

Selepas itu saya membuka Tote Boutiique dan alhamdulillah, sambutan terhadap bag saya memang memberangsangkan. Ramai yang bertanya samada saya ada menjual bag saya secara borong atau tidak, namun buat masa ini saya lebih suka membuat secara ekskusif di mana setiap bag saya akan buat dengan penuh ketelitian dan dalam masa yang sama , saya dapat meluangkan masa untuk anak2 saya.